Pemimpin partai politik oposisi di Kota Kinabalu, Negara Bagian Sabah, yaitu Presiden Partai Solidaritas Tanah Airku (Star), Datuk Dr Jeffrey Kitingan

Dayak di Sabah dan Sarawak Ancam Keluar dari Malaysia

Loading

KOTA KINABALU (Independensi.com) – Pemimpin partai politik oposisi di Kota Kinabalu, Negara Bagian Sabah, yaitu Presiden Partai Solidaritas Tanah Airku (Star), Datuk Dr Jeffrey Kitingan, menegaskan, Negara Bagian Sabah dan Negara Bagian Sarawak, sama sekali tidak punya keragukan untuk keluar dari Federasi Malaysia.

“Itu harus terjadi, apabila Federasi Malaysia terbukti tidak konsisten terhadap hak khusus Sabah dan Sarawak terhadap bagi hasil pengelolaan sumberdaya alam sebagaimana tertuang di dalam Malaysia Agreement tahun 1963 atau MA63,” ujar Jeffrey G Kitingan, Senin, 31 Desember 2018.

Ini merupakan salah satu pernyataan politik Jeffrey G Kitingan paling keras terhadap kepemimpinan Perdana Mentri Federasi Malaysia, Datuk Mohammad di akhir tahun 2018.

Jeffrey Kitingan percaya Putrajaya berhak diberikan peluang kedua bagi membuktikan keikhlasan dalam melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Jefrrey G Kitingan berharap perbincangan Jawatankuasa Khas Kabinet berhubungan perjanjian tersebut akan melahirkan perkembangan positif, termasuk menjelaskan tentang kuasa yang diberikan kepada Sabah dan Sarawak di bawah Persekutuan Malaysia.

Jawatankuasa itu dijadual membentangkan laporan akhirnya pada suku kedua tahun depan.

“Pada masa sama, saya berharap ia bukanlah sekadar permainan politik di pihak mereka. Mereka telah pun mengadakan musyawarah pertama, jadi wajar kita berikan mereka waktu,” ujar Jefrrey G Kitingan.

Menurut Jeffrey G Kitingan, jika tidak ada perubahan, maka Sabah dan Sarawak perlu mengambil langkah seterusnya bagi mendapatkan semula hak Sabah dan Sarawak.

Langkah itu, kata Jeffrey G Kitingan, termasuklah mengadakan referendum, tetapi tidak sama dengan referendum Brexit pada 2016 bagi menentukan pendirian rakyat tentang isu tu.

Menurut Jeffrey G Kitingan, masyarakat Suku Dayak di Sabah dan Darawak, menegaskan referendum tersebut boleh dilakukan tanpa persetujuan Parlimen kerana penduduk pribumi mempunyai hak penentuan sendiri di bawah Perserikatan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Hak Suku Dayak sebagai penduduk pribumi atas penduduk asli tertuang di dalam Deklarasi Hak-hak Penduduk Pribumi PBB Nomor 61/295, tanggal 13 September 2007.

“Tambahan lagi kita tidak menyertai Malaysia, sebaliknya kita membentuknya. Singapura menarik diri daripada Malaysia, kita pun boleh. Kita tidak perlu takut untuk menyebut perkara ini kerana ia merupakan hak kita untuk menyebutnya dalam keadaan tertentu,” tegas Datuk Jeffrey G Kitingan.

“Misalnya,” lanjut Jeffrey G Kitingan, “Apabila sesuatu tidak berjalan seperti yang sepatutnya, apabila hak kita tidak dihormati dan perjanjian itu tidak dilaksanakan.”

Merujuk kepada kenyataan terdahulu oleh aktivis MA63, Zainnal Ajamain yang berkata, sejak 1963, telah berlaku 50 pelanggaran terhadap perjanjian itu, Jeffrey berkata, di bawah undang-undang biasa, pelanggaran sedemikian sudah membatalkan MA63.

Selain itu kata Jeffrey G Kitingan, bukan saja MA63 tidak dipatuhi, kerajaan pusat Federasi Malaysia, juga menggunakan pelbagai taktik untuk menghalang orang ramai bercakap mengenai perjanjian berkenaan.

Ini termasuklah penggunaan undang-undang menekan seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Sosma) dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah dimansuhkan.

Bagaimanapun Jeffrey G Kitingan berhadap Dr Mahathir Mohamad, yang kini menjadi Perdana Menteri buat kali kedua, akan memperbetulkan kesalahan yang pernah dilakukan kerajaan sebelum ini, termasuk memulihkan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi setaraf seperti dijanjikan.

“Bagi saya, ia mudah. Saya tidak kisah dipenjarakan sekali lagi, karena menyebut perkara yang perlu disebut. Sama ada mereka memperbetulkannya atau Malaysia bubar. Anda betulkannya atau kami keluar. Anda tidak boleh berpura-pura bahawa MA63 tidak wujud,” kata Jeffrey G Kitingan.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Petagas, Datuk James Ligunjang, yang juga merupakan setiausaha sebuah forum untuk membincangkan isu serta hak Sabah, yaitu MySabah berkata, pelaksanaan penuh terma yang terkandung dalam MA63 adalah kunci bagi kemajuan Sabah kerana perjanjian tersebut menjamin negeri itu tidak dibebankan dengan masalah kekurangan dana.

James berkata, di bawah perjanjian tersebut dan juga Perlembagaan Persekutuan, Sabah berhak mendapat 40% daripada hasil bersih yang didapati oleh kerajaan persekutuan dari Sabah, dan wang itu bertujuan membiayai pembangunan di negeri itu.

Malangnya kata James, peruntukan penting itu tidak terlaksana sepenuhnya menyebabkan Sabah tertinggal dari segi pembangunan.

Menurut James, sebelum Malaysia diwujudkan pada 1963, Sabah dan Sarawak adalah setaraf dengan Brunei dari segi pembangunan, tetapi kini kedua-dua negeri itu tertinggal jauh di belakang dengan kemiskinan menjadi isu utama, sedangkan Brunei berkembang menjadi antara negara terkaya di dunia.

Jadi Tokoh Sentral, Hakim Adat Dayak Pewarta Agama Dayak

“Kenapa ini berlaku dalam keadaan Sabah dan Sarawak jauh lebih kaya daripada Brunei dari sudut sumber alamnya? Jawapannya mudah, MA63 tidak dilaksanakan dengan ikhlas oleh Malaya yang menguasai kerajaan persekutuan dari tarikh perjanjian itu ditanda tangani sehingga sekarang,” kata James.

James mengatakan, rakyat Sabah dan Sarawak gagal untuk menuntut secara tegas pelaksanaan terma yang terkandung dalam MA63.

James menyalahkan persaingan politik yang tidak berkesudahan dalam kalangan pemimpin di Sabah dan Sarawak yang membolehkan parti politik dari Semenanjung terlibat dalam proses politik negeri berkenaan.

“Anda tidak boleh dan tidak akan berjaya merundingkan pelaksanaan MA63 jika pemimpin politik dan rakyat Sabah dan Sarawak berdiri di belakang pemimpin politik yang mewakili parti dari Malaya. Ia adalah sesuatu yang gagal kita pelajari sehingga merugikan generasi akan datang,” kata James. (Aju)

3 comments

  1. Dayak Sabah-Serawak Malaysia senasip dengan Dayak Kalimantan Indonesia, sama2 jadi korban Politik, jauh dari kata sejahtera “BORNEO” kemana urat nadimu..? bangkit dan bangunlah demi negeri “BORNEO”mu.

  2. Sepatutnya malaysia penohi hak orang dayak sebagai pendodok peribumi

Comments are closed.