Kebijakan Islamisasi Suku Dayak di Sabah dan Sarawak dikecam

Advocat dan Aktifis Dayak Kecam Islamisasi Anak di Sabah dan Sarawak

KOTA KINABALU (Independensi.com) – Kalangan Advocat (Lawyer/Peguam) dan aktivis Dayak mengecam praktik islamisasi terhadap anak di bawah umur di sekolah-sekolah milik Pemerintah Federasi Malaysia di Negara Bagian Sabah dan Negara Bagian Sarawak.

Kecaman disampaikan Advocat Priscilla Ruth Marcus di Sabah dan Aktivis Hak Azasi Manusia Sarawak, Peter John Jaban, ketika dihubungi terpisah, Sabtu, 25 Januari 2020.

Priscila Ruth Marcus dan Peter John Jaban, mengatakan, praktik islamisasi terhadap anak di bawah umur di Sarawak dan Sabah patut diduga atas koordinasi Yayasan Pengembangan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

Priscila mengatakan, sudah tiba waktunya Kementrian Pendidikan, yang kini diterajui Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, mengeluarkan arahan untuk tetap melarang pertukaran agama pelajar-pelajar kepada apa pun agama di sekolah-sekolah.

Priscila telah dimintai bantuan pendampingan hukum dari orangtua yang anaknya tiba-tiba diklaim sudah masuk Agama Islam, sepulang dari sekolah.

Padahal sebelumnya, anak-anak di bawah umur itu beragama Kristen dan Katolik, sesuai dengan agama orangtua mereka.

Hal yang sama juga dialami para anak-anak sekolah di bawah umur di kawasan Semenanjung Malaysia.

“Ini bukanlah kasus pertama yang dilaporkan,” kata Priscilla Ruth Marcus, yang telah dipanggil oleh ibu bapa kepada pelajar lelaki di Kota Marudu, Sabah, dalam insiden terbaru itu, untuk merujukkan perkara itu ke mahkamah.

“Itu terjadi pada 14 Januari 2020,” kata Priscila.

Ibu bapa, Vilbon bin Madilan dan Wastinah Mangis telah mengambil keputusan menyaman (menggugat) pihak berkuasa yang berkenaan perihal penukaran agama anak mereka, anak sulung di kalangan lima beradik, oleh seorang Ustaz yang telah dihantar ke sekolah itu.

“Arahan pelanggan saya adalah untuk mencabar (menantang) kesahihan penukaran agama anak mereka. Dia masih di bawah umur,” kata Priscilla.

“Ibu bapa itu tidak menyadari mengenai penukaran agama itu. Hati mereka berkecai (hancur) apabila mereka mendapat tahu. Di waktu lepas, dua guru dari Semenanjung di SMK Lutong di Miri, Sarawak telah menukarkan agama seorang pelajar berusia 13 tahun ke agama Islam.”

“Kementrian Pendidikan telah bertindak untuk mengakhiri episod itu oleh kerana sebarang usaha untuk menukarkan agama seorang anak di bawah 18 tahun kepada apa pun agama tanpa kebenaran ibu bapa adalah salah di segi undang-undang.”

“Pelajar perempuan terbabit itu dari sebuah keluarga Kristian dan insiden itu telah menimbulkan kemarahan komuniti yang majoriti Kristian di Sarawak.”

Menurut Priscila, kontroversi yang serupa telah terjadi di SMK Kinarut di Sabah apabila seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun dilaporkan telah menukar agama kepada Islam.

Ayahnya, Jilius Yapoo, dengan betul menegaskan bahawa anak perempuannya harus kekal seorang Kristian dan hanya boleh membuat keputusan mengenai agamanya setelah dia berusia 18 tahun.

Kes-kes (kasus-kasus) ini kelihatan meneguhkan rasa bimbang di kalangan ibu bapa dari komuniti Kristian luar bandar di kedua-dua Sabah dan Sarawak mengenai apa yang akan terjadi jika mereka menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah dengan kemudahan asrama.

Jauh dari kampung halaman, ibu bapa perlu diberi keyakinan bahawa anak-anak mereka pergi untuk mendapatkan pendidikan dan bukannya suatu agama yang baru.

Menurut Peter John Jaban, meskipun mungkin secara semulajadi untuk guru-guru, terutama mereka yang kuat agama, untuk mengongsikan kepercayaan mereka dengan pelajar-pelajar, ibu bapa menganggap ini sebagai satu bentuk indoktrinasi.

Mereka berkata bahawa tanggungjawab guru-guru adalah untuk mengajar, dan dalam kes pelajar-pelajar asrama, untuk menjaga kebajikan mereka kerana pelajar-pelajar yang muda ini jauh dari kampung halaman.

“Anak-anak itu masih dikira di bawah umur dan undang-undang amat jelas bahawa agama mereka ditentukan oleh ibu bapa mereka sehingga mereka berusia 18 tahun. Ianya juga adalah satu pelanggaran terhadap Akta Perlindungan Kanak-Kanak,” kata Peter John Jaban. (Aju)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *